top of page

PBD Penampang Juara Rhinos Cup SAFA B15 Edisi Pertama

nabalunews
8 hours ago
1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


13 November 2026


KOTA KINABALU – Pasukan Persatuan Bolasepak Daerah (PBD) Penampang menjuarai Kejohanan Bawah 15 Tahun Rhinos Cup SAFA Edisi Pertama selepas menewaskan PBD Keningau 2-1 pada perlawanan akhir. Kejayaan itu dicapai dengan rekod tujuh kemenangan daripada tujuh perlawanan sepanjang kejohanan yang diadakan pada 7 dan 8 November lalu di Padang Sukma Likas.


Pegawai Teknik PBD Penampang, Gedion Gadit, mengucapkan tahniah kepada pemain atas komitmen dan prestasi terbaik sepanjang kejohanan.



Menurutnya, kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama pemain, pengurusan pasukan dan jurulatih yang memastikan pasukan memberikan komitmen serta aksi terbaik.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pengurus Pasukan, Adrian Boy Adrian Siponong, yang sentiasa memberikan sokongan dan motivasi kepada pemain dan jurulatih. Penghargaan juga ditujukan kepada Ketua Jurulatih Lawrence, Penolong Jurulatih Niko, Jurulatih Penjaga Gawang Freddy Pamaas, Jurulatih Janrywine, unit fisioterapi serta ibu bapa yang sentiasa menyokong pasukan.


Gedion juga berterima kasih kepada Timbalan Ketua Menteri III, Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick, yang juga Ahli Parlimen Penampang, atas sokongan dan sumbangan untuk peralatan, kenderaan serta makan dan minum pemain.


Ucapan terima kasih turut disampaikan kepada Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Penampang, Billy Joe Dominic, atas sokongan yang diberikan.


Dalam pada itu, rekod perlawanan PBD Penampang adalah seperti berikut:

Peringkat Kumpulan: Penampang 3-1 Lahad Datu; Penampang 4-1 Tuaran; Penampang 1-0 Tawau; Penampang 1-0 Tenom.

Suku Akhir: Penampang 1-0 Kota Belud.

Separuh Akhir: Penampang 2-1 Kota Kinabalu.

Final: Penampang 2-1 Keningau.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page