top of page

Dua Lelaki Ditahan Disyaki Salah Guna Dadah dalam Ops Bersepadu di Lok Kawi

nabalunews
8 hours ago
1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns

13 November 2026


PENAMPANG – Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam satu operasi bersepadu menerusi Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Kota Kinabalu–Papar, Lok Kawi, Putatan.


Operasi itu dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND).


Dalam operasi berkenaan, sebanyak 55 individu dan 50 kenderaan telah diperiksa sebelum membawa kepada penahanan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.


IPD Penampang dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya akan terus mempergiatkan operasi bersepadu bagi membanteras penyalahgunaan dadah serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page