122 insiden bencana alam direkod JKR Sabah dalam seminggu
- nabalunews
- 5 hours ago
- 1 min read

15 September 2025
KOTA KINABALU: Sebanyak 122 insiden bencana alam direkodkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah di seluruh negeri sepanjang tempoh seminggu bermula 8 hingga 15 September 2025.
Menurut laporan JKR Sabah hari ini, jumlah direkodkan sehingga jam 2 petang tadi menunjukkan daerah Penampang mencatat angka tertinggi iaitu 36 insiden, melibatkan pelbagai kategori termasuk banjir kilat, banjir bermusim, jalan runtuh, cerun runtuh, jambatan rosak serta banjir lumpur.
Daripada jumlah keseluruhan, cerun runtuh dilaporkan sebagai bencana paling banyak berlaku dengan 45 kes, diikuti 33 kes banjir kilat, 31 kes banjir bermusim, 10 kes jalan runtuh, dua jambatan runtuh dan satu kes banjir lumpur.
Selain Penampang, daerah Kota Kinabalu turut mecatat angka tertinggi iaitu 27 insiden, dengan 14 kejadian banjir kilat, cerun runtuh (9 kes, jalan runtuh (3 kes) serta satu kejadian banjir bermusim.
Sementara itu, Beaufort dilaporkan paling terjejas banjir apabila kesemua 25 insiden yang direkodkan dalam tempoh seminggu tersebut melibatkan banjir bermusim.
Dalam pada itu, daerah Putatan dan Papar masing-masing mencatat 9 insiden membabitkan kejadian banjir kilat, jalan runtuh serta runtuhan cerun.
Beberapa daerah lain termasuk Kuala Penyu, Sipitang, Tambunan, Tawau serta Tuaran merekodkan satu hingga dua insiden.
Comments