top of page

13 mangsa banjir di Sipitang dipindahkan ke PPS

  • nabalunews
  • Apr 9
  • 1 min read


9 April 2025


SIPITANG: Seramai 13 orang mangsa banjir termasuk kanak-kanak terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sipitang selepas beberapa rumah di kawasan Belakang Flat Guru Marintaman dinaiki air semalam.


Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang menerima panggilan kecemasan pada jam 10.35 malam melalui talian balai.


“Bilik Kawalan BBP Sipitang terima panggilan berlaku bencana banjir di Belakang Flat Guru Marintaman, Sipitang. Pemanggil memaklumkan terdapat beberapa buah rumah telah dinaiki air,” jelas laporan itu.


Seramai enam anggota dari BBP Sipitang digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 3.6 kilometer dengan jentera FRT, VIGO, Bot NADMA dan van jenis Urvan. Operasi diketuai oleh PBK I KUP Syahdennie Alidinsah dan jentera tiba di lokasi pada jam 10.39 malam.


“Pasukan Bomba berjaya memindahkan 13 orang mangsa banjir ke PPS Dewan Sipitang. Pemantauan berterusan akan dijalankan dan setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud, operasi ditamatkan,” menurut laporan itu lagi.


Daripada jumlah mangsa yang dipindahkan, empat adalah lelaki dewasa, enam perempuan dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan.


Operasi dikawal sepenuhnya pada jam 11.45 malam dan tamat sepenuhnya pada jam 12.10 tengah malam.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page