top of page

13 pelajar KVLD didapati bersalah membunuh rakan

  • nabalunews
  • Aug 22, 2025
  • 1 min read

Pelajar KVLD dibawa masuk ke lokap Mahkamah Tawau sebelum menjalani prosiding di Mahkamah Tinggi, pagi tadi.
Pelajar KVLD dibawa masuk ke lokap Mahkamah Tawau sebelum menjalani prosiding di Mahkamah Tinggi, pagi tadi.

22 Ogos 2025


TAWAU: Mahkamah Tinggi Tawau di sini, hari ini mendapati kesemua 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD), bersalah atas tuduhan membunuh rakan mereka, Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, tahun lalu.


Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.


Kesemua mereka didapati bersalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Bagaimanapun, keputusan hukuman akan dibacakan pada 28 Ogos 2025 ini, sementara menunggu laporan akhlak setiap 13 tertuduh daripada pegawai kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat Lahad Datu.


Perkara itu adalah selaras dikehendaki Seksyen 90 (12) Akta Kanak-Kanak 2001.


Kesemua 13 tertuduh berusia antara 16 hingga 19 tahun itu, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, di KVLD di antara jam 9 malam pada 21 Mac hingga 7.38 pagi pada 22 Mac 2024.


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nur Nisla Abd Latif, TPR Ng Juhn Tao dan TPR Batrisyia Mohd Khusri.


Lapan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinki, Datuk Ram Singh dan Chen Wen Jye, manakala lima lagi masing-masing diwakili peguam Abdul Ghani Zelika, Vivian Thien, Jhesseny P. Kang, Kusni Ambotuwo dan Mohamed Zairi Zainal.


Sementara itu, lori polis yang membawa kesemua pelajar tersebut tiba di perkarangan Mahkamah Tawau bersama tahanan lain sekitar jam 8.25 pagi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page