top of page

13 sambungan paip haram di Sepanggar dipotong penguatkuasa Jabatan Air Sabah

  • nabalunews
  • Oct 8, 2024
  • 1 min read

8 Oktober 2024


KOTA KINABALU: Usaha membanteras aktiviti mencuri bekalan air di sekitar Sepanggar diperhebatkan Pasukan Penguatkuasa Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).


Semalam, 13 sambungan air secara haram di Kampung Sepakat Jaya, Sepanggar telah dipotong menerusi operasi yang dilaksanakan JANS.


Tindakan itu hasil pemantauan dan permeriksaan berterusan Pasukan Penguatkuasa JANS untuk mengesan penyambungan paip haram di kawasan yang telah dikenal pasti khususnya berhampiran koloni setinggan.


Hasil dari pemantauan dan pemeriksaan, team penguatkuasa telah menemui 13 penyambungan paip haram, di Kampung Sepakat Jaya, Sepanggar.


Kerja-kerja pemotongan, mengimpal dan mengecat bekas penyambungan paip haram selesai dilaksanakan jam 1.30 petang, semalam.


Jun lalu, JANS memaklumkan pihaknya telah memotong sebanyak 679 penyambungan paip haram menerusi operasi berterusan jabatan itu di sekitar ibu negeri antara Januari hingga Mei lalu.


Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya dipetik sebagai berkata operasi itu mensasarkan kawasan setinggan, kebanyakannya di sekitar Parlimen Sepanggar yang dikenal pasti paling banyak melakukan penyambungan paip secara haram.


Katanya antara lokasi tumpuan operasi JANS ialah kawasan setinggan Kampung Delima, Suang Parai, Sepakat Jaya, Jaya Diri dan Kampung Brunei, Sepanggar.


Operasi pemotongan oleh JANS membantu meningkatkan bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS), katanya.


Shahelmey berkata aktiviti penyambungan paip secara haram yang dilakukan penghuni setinggan dikenal pasti antara punca gangguan bekalan air di sekitar Sepanggar, termasuk di kampus induk UMS, Kota Kinabalu.


Katanya, selain gangguan bekalan, perbuatan mencuri air turut menyumbang kepada kadar air tidak berhasil (NRW) yang tinggi ditanggung pihak JANS di Sabah.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page