13 Warga Pakistan dan India Dihantar Pulang
- nabalunews
- May 1
- 1 min read

1 May 2025
KOTA KINABALU: Seramai 13 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga India dan Pakistan dihantar pulang menerusi Program Pemindahan PATI, minggu ini.
Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, pemindahan kali ini melibatkan tahanan daripada Depot-Depot Imigresen Negeri Sabah melalui KLIA.
Katanya, tahanan PATI warganegara Pakistan melibatkan seramai 12 orang daripada
Depot Imigresen Kota Kinabalu, Depot Sandakan dan Depot Tawau.

“Manakala seorang warga India pula dihantar pulang pada 29 April lalu,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Menurutnya, sehingga ke hari ini, seramai 67 orang warganegara Pakistan dan 4 orang
warganegara India berjaya dipindahkan ke negara asal melalui pintu masuk Negeri
Sabah.
Katanya, ia menjadikan jumlah keseluruhan warganegara asing yang terlibat dalam
program pemindahan tahanan adalah seramai 4,847 orang.

“Semua PATI telah selesai menjalani hukuman penjara dan mempunyai Pasport Antarabangsa untuk pemindahan segera bagi mengelak tempoh penahanan yang
panjang.
“Jabatan Imigresen Negeri Sabah tidak akan berkompromi dengan mana-mana
warganegara asing yang menyalahgunakan pas serta kemudahan yang telah diberikan.
“Tindakan pendakwaan akan dikenakan kepada majikan serta pemilik premis yang
menggaji warganegara asing tanpa dokumen perjalanan dan pas yang sah dan individu
yang melakukan pelanggaran ke atas syarat pas atau permit seperti yang termaktub di
bawah Akta 155 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.


















Comments