Dua Lelaki Ditahan Dalam Ops Tapis di Sandakan
- nabalunews
- 1 hour ago
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
29 April 2026
SANDAKAN: Dua lelaki ditahan dalam Ops Tapis yang dijalankan di Kampung Pangiran, Batu 7, Sandakan semalam, selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu dan didapati positif amphetamine serta methamphetamine.
Kedua-dua suspek ditahan dalam operasi berlangsung dari jam 10.30 pagi hingga 5.00 petang itu. Mereka kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah, serta Seksyen 15(1)(a) akta yang sama kerana positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.
Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan mengesahkan kehadiran dadah dalam sistem badan kedua-dua suspek.
Mereka kemudiannya ditahan dan ditempatkan di Lokap IPD Sandakan untuk tindakan lanjut.
Operasi ini selaras dengan tekad Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Polis (ACP) George Abd Rakman, dalam membenteras jenayah dadah di daerah itu. Menurut beliau, operasi seumpama itu akan terus dipergiat bagi memastikan kawasan Sandakan bebas daripada ancaman dadah.















Comments