• Wartawan Nabalu News

131,052 BAKUL MAKANAN DIAGIHKAN KEPADA 27 DAERAH DI SABAH



3 NOV 2020


KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat telah mengagihkan sebanyak 131,052 bakul makanan (food basket) kepada 27 buah daerah sehingga hari ini.

Menterinya Ir shahelemy Yahya berkata, daerah-daerah itu ialah Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod.

“Pada hari ini 4,655 bantuan bakul makanan diagihkan melibatkan 16 daerah iaitu Tawau (1,636), Lahad Datu (1,469), Kunak (150), Sandakan (101), Kinabatangan (8), Beluran (12), Kota Kinabalu (133), Penampang (113), Putatan (28), Papar (43), Tuaran (427), Ranau (65), Beaufort (303), Kota Marudu (57), Tambunan (94) dan Tongod (16),” katanya.

Ir.Shahelemy berkata, pengagihan sumbangan bakul makanan untuk golongan sasar sedang giat dilaksanakan.