131 KES POSITIF BAHARU DI SABAH HARI INI (10 APRIL)

10 April 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Kes positif baharu Covid-19 di Sabah terus mencatatkan tiga angka sejak beberapa ini dengan 131 kes direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 55,670 kes.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 139 kes positif COVID-19, sebanyak 58 kes (44.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 25 kes (19%) saringan bergejala, 45 kes (34.4%) dari kluster sedia ada serta tiga kes (2.3%) dari lain-lain kategori.
“Daerah Tawau terus mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 87 kes pada hari ini, diikuti Lahad Datu sebanyak 10 kes, Putatan (tujuh kes), Sandakan dan Tuaran masing-masing lima kes.
“Kota Kinabalu pula mencatatkan empat kes baharu, Semporna (tiga kes), Papar dan Penampang masing-masing dua kes, Keningau, Kinabatangan, Beaufort, Kunak, Nabawan dan Ranau masing-masing satu kes.
“Sebanyak 12 daerah tidak mencatatkan kes baharu iaitu Kalabakan, Sipitang, Pitas, Kota Belud, Tambunan, Kudat, Tenom, Kota Marudu, Beluran, Telupid, Kuala Penyu dan Tongod,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh seramai 70 orang menjadikan jumlah kumulatif 54,481 orang.
Katanya, seramai 688 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 290 orang di hospital dan 398 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.
“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 41 orang dan 13 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.
Comentários