top of page

139 PATI ditahan di Tawau dan Semporna

  • nabalunews
  • Feb 23
  • 1 min read

22 Februari 2025


TAWAU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menahan seramai 139 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam Op Sapu di Tawau dan Semporna.


Operasi yang selama dua hari bermula jam 10 malam hingga 10.50 pagi itu membabitkan 66 pegawai dan anggota JIM Sabah.


Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata, semua PATI yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Tawau untuk siasatan lanjut.

Katanya, sepanjang operasi berkenaan, seramai 462 individu diperiksa dan hasilnya 139 individu ditahan untuk siasatan lanjut.


"Semua PATI yang ditahan berusia satu hingga 72 tahun dibawa ke Depot Imigresen Tawau untuk siasatan lanjut.


“Semua PATI akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen iaitu tinggal lebih masa termasuk menyalahgunakan pas mengikut Seksyen 39(b) akta sama," katanya dalam sidang media selepas menyertai operasi berkenaan, hari ini.


Sementara itu, SH Sitti Saleha berkata, operasi yang dijalankan turut memberi tumpuan kepada majikan yang menggunakan khidmat PATI untuk diambil tindakan tegas.


"Kita memberi peringatan kepada majikan supaya memastikan pekerja yang mereka ambil memiliki dokumen yang sah.


"Jika diperhatikan statistik pada tahun ini saja seramai 32 majikan telah ditahan kerana mereka dianggap melindungi Pati.


"Manakala statistik tahun lalu jumlah majikan yang ditahan dan dikenakan pendakwaan dan juga kompaun seramai 117 majikan," katanya.


Untuk rekod, sepanjang Januari hingga Disember 2024, JIM Sabah telah menghantar pulang seramai 8,844 Pati ke negara asal yang dilakukan secara konsisten sekurang-kurangnya dua kali sebulan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page