top of page

14 mangsa banjir dipindahkan

  • nabalunews
  • Jan 29
  • 1 min read

Operasi membantu mengeluarkan penduduk kampung yang terjejas dengan kenaikan paras air Di Kg.Paris 1 Kinabatangan
Operasi membantu mengeluarkan penduduk kampung yang terjejas dengan kenaikan paras air Di Kg.Paris 1 Kinabatangan

29 Januari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News 


KINABATANGAN: Seramai 14 penduduk terpaksa dipindahkan susulan rumah mereka di Kampung Kasih Sayang dan Kampung Paris Satu, di sini, dinaiki air.


Semua penduduk berkenaan dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk ditempatkan di kawasan selamat.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 1.04 pagi.

Bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kinabatangan.
Bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kinabatangan.

Katanya, sepasukan lima anggota dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa berpindah menggunakan bot.


“Operasi pemindahan kali ini melibatkan sembilan dewasa dan lima kanak-kanak dan semua mereka ditempatkan di kawasan lebih tinggi dan selamat.


“Operasi pemindahan kemudiannya ditamatkan pada jam 3.20 pagi,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.


Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kinabatangan turut membantu untuk menjalankan pemantauan di sekitar lokasi banjir.


Mengikut laporan APM, paras air Sungai Kinabatangan kini berada pada tahap waspada dan trend air semakin meningkat berlaku di kawasan pendalaman Dagat, Tidung dan Lintang.


Setakat ini, laluan masuk ke kawasan berkenaan terputus dan menyebabkan penduduk tidak mempunyai akses untuk keluar dari kampung mereka.


Difahamkan, operasi penghantaran bekalan akan dibuat dalam tempoh 72 jam dan beberapa kawasan yang sering dinaiki air lain turut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.


Antara kawasan terlibat termasuk Pangkalan Bukit Garam, Kampung Sri Manis, Kampung Buang Sayang, Kampung Sri Manis, Kampung Buang Sayang dan Sukau.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page