140 cawangan UPKO Kota Belud mahu Ewon terajui parti
top of page
  • Wartawan Nabalu News

140 cawangan UPKO Kota Belud mahu Ewon terajui parti



14 April 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Sebanyak 140 cawangan Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Belud sebulat suara mahu Datuk Ewon Benedick kekal sebagai Ketua Bahagian.


Mereka juga menyatakan sokongan penuh kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian itu terus berkhidmat sebagai wakil rakyat Kadamaian.


Sokongan penuh itu dikemukakan dalam mesyuarat-mesyuarat agung cawangan UPKO Kota Belud baru-baru ini.


Sebanyak 140 cawangan UPKO Kota Belud termasuk cawangan-cawangan baharu selesai mengadakan mesyuarat agung masing-masing.


Setiausaha UPKO Bahagian Kota Belud Anichlose Kesimin berkata, antara keputusan mesyuarat cawangan ialah mereka mahu Ewon kekal sebagai Ketua Bahagian dan terus memberi sokongan penuh sebagai ADUN Kadamaian.


“Kami mahu Ewon menerajui kepimpinan parti supaya dapat menggalas peranan yang lebih besar daripada Naib Presiden yang dijawat sekarang seterusnya menggalas cabaran menerajui halatuju parti UPKO,” katanya kepada Nabalu News, di sini, hari ini.


Anichlose berkata, Mesyuarat Agung Bahagian UPKO Kota Belud akan diadakan pada 16 Mei ini di Dewan Kadamaian Square.


“Program derma darah bagi menambah Tabung Darah Hospital Kota Belud juga akan diadakan pada hari tersebut. Pada sebelah tengahari hingga petang, Ewon akan menghoskan jamuan Rumah Terbuka Kaamatan Raya beliau,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page