top of page

15 Ditahan Dalam Operasi Khas Benteras Lumba Haram di Jalan Keningau–Apin-Apin

  • nabalunews
  • 18 minutes ago
  • 1 min read

ree

10 Disember 2025


KENINGAU: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau mengesahkan telah menjalankan satu operasi khas susulan kegiatan lumba motosikal haram, semalam.


Ketua Polis Daerah Keningau,

Superintendan Yampil Anak Garai berkata, operasi kira-kira jam 9 pagi berkenaan dilaksanakan di Kilometer 4, Jalan Keningau- Apin-Api.


Katanya, seramai 15 individu yang terlibat dalam aktiviti lumba motosikal haram berjaya ditahan, manakala kenderaan yang digunakan dalam perlumbaan turut disita bagi tujuan siasatan lanjut.


“Seramai 15 orang individu telah ditahan bersama tiga kenderaan pacuan empat roda serta sebuah motosikal.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung galangan yang disebabkan oleh kenderaan di jalan serta Seksyen 81(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan sekatan ke atas pertandingan dan ujian kelajuan.


Katanya, semua suspek yang ditahan akan direman bagi membantu siasatan lanjut.


“PDRM menegaskan bahawa tiada kompromi akan diberikan terhadap sebarang aktiviti lumba haram yang membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.


“Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan berkenaan.


“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti lumba haram diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu usaha membanteras kegiatan ini daripada terus berleluasa,” tegasnya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page