15 RUMAH ATAS AIR MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI KAMPUNG MERUTUM15 RUMAH ATAS AIR MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI KAMPUNG MERUTUM
top of page
  • nabalunews

15 RUMAH ATAS AIR MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI KAMPUNG MERUTUM



16 Mei 2021 KOTA KINABALU: Kira-kira 15 buah rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Meruntum, Lok Kawi dekat sini kelmarin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah Mohd Ali Ismail berkata kejadian dipercayai bermula pada 5.30 petang dan pihaknya menerima laporan kira-kira 10 minit selepas itu sebelum api berjaya dikawal pada 8.01 malam.


Beliau berkata tiga anggota bomba mengalami kecederaan selepas terkena renjatan elektrik ketika menjalankan operasi memadam kebakaran itu.

"Ketiga-tiga anggota itu mengalami kecederaan tidak serius dan sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I serta Hospital Queen Elizabeth II untuk rawatan lanjut, mereka berada dalam keadaan stabil.

"Setakat ini, kita tengok 15 buah rumah terlibat tetapi kita akan buat pemeriksaan lagi tengok kerosakan semua, selepas ini kita akan memadam sisa-sisa yang terbakar sebelum menyiasat punca kebakaran itu," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Mohd Ali berkata seramai 25 anggota dan lima jentera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran daripada Balai Bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas dengan dibantu pasukan bomba Angkatan Tentera Malaysia dari Kem Lok Kawi yang terletak berhampiran kawasan kejadian. - Benama



bottom of page