top of page

150 calon SPM sertai Cerdik Base Camp

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns


6 Julai 2026


KOTA BELUD: Seramai 150 pelajar Tingkatan 5 SMK Tambulion yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini menyertai Program Cerdik Base Camp Siri 5.0, di Bonda Chalet Rosmin, Rampayan Laut, di sini.


Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Fandhy Rajin, mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick yang juga Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pengambunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah.


Dalam amanatnya, Fandhy menyeru para pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM.



“Saya menyokong penuh program seumpama ini bagi memperkukuh persediaan calon SPM melalui bimbingan intensif, sesi motivasi, dan modul pembelajaran berfokus.


“Ia bertujuan melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah berdaya saing dan berkeyakinan tinggi,” katanya.


Usaha murni SMK Tambulion ini diyakini mampu menjadi pemangkin kepada lonjakan prestasi calon SPM serta melahirkan generasi pelapis yang berkaliber untuk masa depan negara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page