151 Kanak-Kanak Sertai Program Berkhatan Beramai-Ramai
- nabalunews
- 13 minutes ago
- 1 min read

27 Disember 2025
PUTATAN: Lebih 151 kanak-kanak menyertai program berkhatan beramai-ramai yang dianjurkan Pejabat Parlimen Putatan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya berkata, acara tahunan itu kekal menjadi pilihan ibu bapa bagi menunaikan kewajipan berkhatan ke atas anak-anak mereka.
Katanya, bagi tahun ini, seramai 151 orang berdaftar dalam program Majlis Berkhatan Perdana bersempena musim cuti sekolah tahun ini.

“Alhamdulillah, selain dapat meringankan beban para ibu bapa, program ini seterusnya dapat membentuk kepada disiplin kita sebagai Muslim yang mana berkhatan dituntut di dalam agama. “Acara ini sudah dilaksanakan secara tahunan oleh pihak kami dan penyertaan juga amat menggalakan daripada kalangan para peserta, ” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Berkhatan Perdana sempena cuti sekolah di Masjid Daerah Putatan, di sini, hari ini. Shah Alfie berkata, majlis berkhatan itu diadakan secara serentak di lima lokasi, melibatkan masjid dan surau di sekitar Putatan.

Difahamkan, selain Masjid Daerah Putatan, acara tersebut turut diadakan di Masjid Kariah Sembulan, Masjid Al-Jannah Kampung Petagas, Surau PPR Sri Keramat dan Masjid Taqwa, Kinarut.














