153 KES POSITIF BAHARU DICATATKAN DI SABAH HARI INI, SATU KES KEMATIAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

153 KES POSITIF BAHARU DICATATKAN DI SABAH HARI INI, SATU KES KEMATIAN


7 Mei 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 153 kes positif baharu Covid-19 meningkat sebanyak 84 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif 58,733 kes dan satu kes kematian dicatatkan di Tawau. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, peningkatan kes Covid-19 Sabah secara mendadak hari ini disebabkan saringan Kluster D'Kuala yang merekodkan 43 kes daripada 44 kes bagi daerah Papar, dan saringan kluster Umas 33 kes baru daripada 39 kes bagi daerah Kalabakan yang membabitkan Kompleks Perumahan Felda Umas.


“Papar mencatatkan kes tertinggi sebanyak 44 kes, diikuti Kalabakan sebanyak 39 kes, Kinabatangan (19 kes), Kota Kinabalu (17 kes), Semporna (10 kes), dan Tawau ( sembilan kes).


"Manakala Sandakan, Lahad Datu dan Putatan masing-masing mencatatkan tiga kes, Kunak dan Penampang dua kes , Tuaran dan Sipitang masing-masing satu kes. “Sebanyak 14 daerah tidak mencatatkan kes baharu pada hari ini iaitu Keningau, Beaufort, Kota Belud, Beluran, Semporna, Tuaran, Putatan, Beluran, Nabawan, Telupid, Kuala Penyu, Ranau, Kudat, Pitas, Tambunan, Tenom, Kota Marudu dan Tongod juga mencatatkan sifar kes baharu pada hari ini,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.

Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 112 menjadikan jumlah kumulatif 57,499 orang. "Seramai 590 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 238 orang di hospital dan 352 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. “Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 31 orang dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page