top of page

19 Pasukan jayakan Pertandingan Dart Tertutup Kota Belud

Wartawan Nabalu News
Jolyhame (tengah) bergambar bersama peserta pertandingan itu.

22 September 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Sebanyak 19 pasukan menjayakan Pertandingan Dart Tertutup Kota Belud sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia baru-baru ini, bagi menyemarkkan lagi sambutan itu.


Acara itu dianjurkan oleh Kelab Sukan Dan Rekreasi Dart Gerai Sinalau Si Aki (GSSA).


Tempat pertama dimenangi Pasukan G’shen dari Kota Marudu. Dengan kemenangan itu mereka menerima hadiah wang tunai RM600 dan medal.

Manakala tempat kedua pula dimenangi Pasukan HMD Tamparuli menerima hadiah RM300, ketiga Sigog (Kota Belud) dan keempat pasukan Pengait (Kota Belud).


Pengerusi Penganjur Franky Sukor merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan acara itu dan berharap lebih ramai peserta menyertai pertandingn itu pada masa akan datang.


“Terima kasih juga kepada Datuk Ewon Benedick (Adun Kadamaian) atas sumbangan hadiah untuk para pemenang,” katanya.


Ewon diwakili oleh Ketua Pemuda UPKO Bahagian Kota Belud Jolyhame Saran bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page