top of page

503 kes baharu Tibi direkodkan, Sabah catat kes tertinggi

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

15 Februari 2026


KUALA LUMPUR: Sebanyak 503 kes baharu tuberkulosis (Tibi) direkodkan pada minggu epidemiologi kelima, menjadikan jumlah keseluruhan kes di seluruh negara setakat ini sebanyak 2,571.


Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, Sabah mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 614 kes, diikuti Selangor (476 kes), Sarawak (257 kes), Johor (233 kes) serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (202 kes).


Sementara itu, Pulau Pinang merekodkan 148 kes, diikuti Kedah (144), Perak (127), Kelantan (96), Pahang (81), Terengganu (60), Negeri Sembilan (58), Melaka (42), Perlis (17) dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan 16 kes.


Sehubungan itu, KKM menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada menjelang musim perayaan dan cuti panjang dengan mengamalkan langkah pencegahan seperti etika batuk dan bersin yang betul serta memakai pelitup muka di kawasan sesak.


“Individu yang mengalami gejala seperti batuk berpanjangan, demam, hilang selera makan atau penurunan berat badan digesa menjalani saringan di fasiliti kesihatan terdekat dengan segera,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.


Jelas KKM, langkah berkenaan bukan sahaja penting sebagai penilaian risiko kendiri, malah merupakan tanggungjawab sosial dalam melindungi diri, keluarga dan komuniti daripada risiko jangkitan penyakit berjangkit.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page