Memandu Dalam Tempoh Larangan, Lori Treler Disita
- nabalunews
- 3 hours ago
- 1 min read

15 Februari 2026
KOTA KINABALU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita sebuah lori Semi Trailer Kargo Am selepas didapati melakukan kesalahan memandu kenderaan barangan dalam tempoh larangan (road ban).
Pengarah JPJ Sabah, Datuk Mohd Harris Ali berkata, pemeriksaan mendapati kenderaan berkenaan sedang membawa muatan tujuh unit gelung aluminium.
“Tindakan Sita telah diambil di bawah Kaedah 2(1), Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Pengangkutan Barangan) RTR (PDGV).

“Kenderaan berkenaan terus dibawa ke SPK JPJ Telipok bagi tujuan timbang, pemeriksaan dokumentasi, siasatan serta tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, JPJ Sabah akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya dipatuhi sepenuhnya oleh pengendali kenderaan barangan.
“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan demi keselamatan semua pengguna jalan raya,” katanya.


















Comments