top of page

194,885 BAKUL MAKANAN DIAGIH DI 27 DAERAH DI SABAH

  • nabalunews
  • Nov 19, 2020
  • 1 min read

Shahelmey Yahya

19 NOV 2020


KOTA KINABALU: Sebanyak 194,885 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan memerlukan di 27 daerah di Sabah setakat ini, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmey Yahya.

Beliau berkata untuk hari ini sahaja pihaknya mengagihkan 3,934 bakul makanan. "Kementerian kini sedang giat mengagihkan bakul makanan berkenaan di setiap daerah terlibat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Daerah berkenaan ialah Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod. - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page