2 cedera, kereta melanggar papan tanda

29 September 2024
KOTA KINABALU: 2 termasuk seorang wanita cedera selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum melanggar tiang papan tanda di Jalan Lintas, di sini, malam semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 11.57 malam.
Katanya sepasukan 3 anggota bomba bersama kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Lintas dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak berhampiran balai.
"Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan, iaitu perodua Bezza melanggar tiang papan tanda.
"Terdapat 2 orang mangsa terlibat mengalami kecederaan. Pasukan EMRS memberi rawatan awal kepada mangsa dan seterusnya menghantar mangsa ke Hospital Queen Elizabeth 1 bagi mendapatkan rawatan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tidak ada bahaya lain yang wujud, operasi di tamatkan pada jam 12.21 tengah malam.
Mangsa yang cedera adalah seorang wanita berusia 28 tahun. Identiti seorang lagi mangsa tidak diperoleh.
תגובות