20,000 Dijangka Hadir Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Sabah
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

13 Februari 2026
KOTA KINABALU: Kira-kira 20,000 pengunjung dijangka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 17 Februari ini.
Perasmian majlis tersebut akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
Timbalan Setiausaha Tetap II, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datin Dr. Cleopatra@Clare Asing berkata sambutan tahun ini mengangkat tema Tahun Kuda yang melambangkan kekuatan, ketekunan, keberanian dan kemajuan.

"Pemilihan tema mencerminkan daya tahan serta semangat juang rakyat Sabah dalam menghadapi cabaran selain menjadi simbol perpaduan dan kemajuan bersama.
“Nilai ini diterjemahkan melalui pengisian program termasuk persembahan budaya dan penglibatan komuniti pelbagai kaum,” katanya ketika ditemui media di Sabah FM, pada Khamis
Belia juga menjemput orang ramai khususnya di sekitar Kota Kinabalu hadir memeriahkan majlis yang akan diserikan dengan persembahan Tarian Singa, 24 Gendang dan Orkestra Cina./Penerangan-


















Comments