top of page

20 Keluarga Dipindahkan Akibat Banjir Di Beaufort

  • nabalunews
  • 8 hours ago
  • 1 min read

ree

2 Januari 2026


BEAUFORT: Seramai 64 orang melibatkan 20 keluarga di Kampung Suasa, di sini, terpaksa dipindahkan selepas penempatan mereka dinaiki air banjir, petang tadi.


Banjir di perkampungan berkenaan disebabkan oleh paras air di Sungai Padas meningkat melepasi tahap bahaya iaitu 8.70 meter.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Ishak Jabas berkata, semua pemindahan dilakukan bermula jam 5 petang tadi.

ree

Katanya, semua mangsa dipindahkan ke Pusat Penempatan Kekal (PPK) Selagon menggunakan lori Bomba, Polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).


“Setakat ini, sebanyak 20 Ketua Isi Rumah (KIR) melibatkan seramai 64 orang mangsa banjir dipindahkan.


“Semua mangsa dipindahkan ke PPK Selagon setakat ini maklumat pecahan mangsa belum diperolehi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

ree

Menurutnya, pemantuan di kawasan yang dinaiki air masih diteruskan dari semasa ke semasa oleh pasukan bomba.


Katanya, pihaknya turut menggerakkan pasukan operasi dan kenderaan Utiliti Vigo untuk bersiap sedia melakukan operasi pemindahan sekiranya diperlukan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page