top of page
  • Wartawan Nabalu News

20 orang sertai kursus asas anyaman buluh di Kadamaian


30 Julai 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian dengan kerjasama pelbagai pihak, terus menganjurkan kursus kemahiran bagi manfaat penduduk di kawasan Kadamaian.


Terbaru, seramai 20 peserta menghadiri Kursus Asas Anyaman Buluh yang berlangsung selama lima hari dari 29 Julai hingga 2 Ogos di Mini Dewan Skyblue, Pejabat Perhubungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian.


Program ini dianjurkan oleh University College Sabah Foundation dengan kerjasama UPPM Kadamaian bertujuan untuk memperkenalkan teknik asas anyaman buluh kepada peserta, serta memberi peluang kepada mereka untuk menambah baik kemahiran dan penguasaan dalam seni kraftangan tradisional ini.


Pada hari terakhir kursus, para peserta akan menerima sijil penyertaan sebagai tanda pengiktirafan terhadap usaha dan komitmen mereka dalam mempelajari teknik anyaman buluh.


Sijil ini diharapkan dapat memberikan motivasi kepada mereka untuk terus mengembangkan kemahiran anyaman buluh di masa hadapan.


Bagi peserta kursus, program ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada mereka dari segi ilmu pengetahuan, tetapi turut membantu dalam memelihara warisan budaya untuk tatapan generasi akan datang selain dapat mempromosikan produk anyaman buluh di kalangan generasi muda di Kota Belud.

תגובות


bottom of page