top of page

20 peserta ikuti Kursus solekan, dandanan rambut anjuran D'Asean Beauty dan JPSM

Wartawan Nabalu News

26 Julai 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) terus menganjurkan program bagi membantu golongan wanita di Sabah meningkatkan tahap sosio ekonomi.


Baru-baru ini seramai 20 orang peserta telah mengikuti kursus solekan dan dandanan rambut yang dianjurkan oleh D'Asean Beauty di bawah tajaan JPSM di Dewan Perpustakaan Negeri Daerah Kota Belud.


Kursus selama tiga hari yang bermula pada Isnin lalu bertujuan membantu golongan wanita meningkatkan tahap sosio ekonomi mereka melalui kemahiran dalam solekan dan dandanan rambut.


Kursus ini membolehkan peserta menguasai dan mempelajari pelbagai teknik termasuk solekan harian, solekan malam, solekan pengantin, dandanan, dan sanggulan rambut. Semua peserta telah menamatkan kursus dan menerima sijil penyertaan yang diperakui oleh JPSM.

Kursus ini bakal memberi peluang kepada peserta untuk mencari pekerjaan dalam bidang kecantikan atau memulakan perniagaan mereka sendiri.


Dalam pada itu, wakil peserta kursus, N. Florist @ Risee Jainggin, merakamkan penghargaan kepada pihak JPSM dan D'Asean Beauty atas usaha mereka mengadakan kursus ini. Menurut beliau, kursus ini memberi manfaat besar kepada peserta dalam membuka peluang pekerjaan dan memulakan perniagaan sendiri.


Selain itu, para peserta juga berharap program sebegini akan diteruskan pada masa hadapan dengan tambahan kursus seperti menggunting rambut, rawatan wajah, pastri dan lain-lain untuk memperkayakan serta memperkasa kemahiran mereka.


Majlis perasmian penutupan kursus disempurnakan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian Saikom Watis yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian merangkap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dan Ketua Pemuda UPKO Kota Belud, Jolyhame Saran.


Turut hadir Penolong Ketua Pengarah Unit Tajaan Latihan Kemahiran JPSM, Syed Shahridzan Sihan serta ketua penganjur program ini, Arina G Liadu iaitu pengasas dan pengurus D'Asean Beauty.

Comentarios


bottom of page