top of page

20 peserta sertai kursus asas pemasangan, penyelenggaraan sistem solar (Off-Grid) di Kg. Tambulion

  • Wartawan Nabalu News
  • Jul 19, 2024
  • 1 min read

19 Julai 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Seramai 20 orang peserta telah mengikuti Program CSR - Basic Course For Installation and Maintenance Solar System (Off-Grid) yang diadakan di Eko-Pelancongan Tindian Komujo, Kg.Tambulion selama tiga hari bermula 15 Julai.


Dalam program selama tiga hari itu, para peserta mempelajari pelbagai pengetahuan antaranya kursus keselamatan dan pengenalan sistem solar, kursus peralatan solar dan penyelenggaraan solar dan praktikal pemasangan sistem solar 2.75 kilowatts peak (kWp).


Program ini dianjurkan oleh Politeknik Kota Kinabalu dengan kerjasama Ketua Pemuda UPKO Kota Belud, Jolyhame Saran. Program tersebut dikendalikan oleh Ketua Jabatan Elektrik Politeknik Kota Kinabalu, Benny Azmi Doimin.

Selain program itu, turut diadakan majlis menandatangani Surat Hasrat Kerjasama (Letter Of Intent - LOI) di antara Politeknik Kota Kinabalu dan Seni Gemilang Sdn.Bhd, Kolej Komuniti Beaufort dan Seni Gemilang Sdn.Bhd serta Kolej Komuniti Tawau dan Seni Gemilang Sdn bhd.


Majlis menandatangani LOI tersebut telah disaksikan oleh PPM Kadamaian, Saikom Watis.


Program ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang pemasangan dan penyelenggaraan sistem solar (off-grid).


Yorumlar


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page