top of page

231 murid SK Nangoh, Telupid terima bantuan persekolahan Yayasan Bank Rakyat

nabalunews

22 November 2024


TELUPID: Yayasan Bank Rakyat (YBR) meneruskan inisiatif membantu komuniti setempat khususnya di dalam bidang pendidikan menerusi penyampaian bantuan persekolahan kepada 231 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Nangoh, Telupid bagi meningkatkan mutu pembelajaran sepanjang sesi persekolahan.


Bantuan persekolahan kepada murid SK Nangoh, Telupid disampaikan oleh Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang pada Khamis.


Majlis ini dianjurkan bersama YBR dengan kerjasama Persatuan Peniaga Telupid Sabah.


Turut hadir, Pengerusi Persatuan Peniaga Telupid Sabah merangkap Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), Felix Joseph Saang.


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Yayasan Bank Rakyat atas sumbangan yang telah diberikan kepada pelajar luar bandar khusus sekali di daerah Telupid. Guru-guru dan ibubapa perlu untuk terus memupuk kesatuan dan kerjasama erat bagi memastikan kecemerlangan murid-murid," ujar Felix.


Untuk rekod, selain bantuan persekolahan kepada pelajar dan murid di seluruh negara, YBR turut menyumbang melalui pelbagai program lain seperti bantuan awal pengajian, tuisyen rakyat dan seminar didik rakyat.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page