top of page

241,492 ORANG DI SABAH MENDAFTAR PENERIMA VAKSIN COVID SETAKAT INI

  • Wartawan Nabalu News
  • Mar 15, 2021
  • 1 min read

ree
Gambar Hiasan

15 Mac 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Seramai 241,492 orang di Sabah telah mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera, setakat hari ini (15 Mac).


Bagaimanapun Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, bilangan orang yang telah mendaftar secara manual belum diketahui.


"Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menggalakkan pendaftaran sebagai penerima vaksin secara atas talian melalui aplikasi MySejahtera," katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Dari segi bilangan rakyat Sabah yang sudah menerima suntikan vaksin, Masidi berkata, sehingga kini seramai 28,445 orang telah diberikan Dos Pertama Vaksin Covid.


"Jumlah ini adalah 67.5 peratus daripada keseluruhan senarai anggota barisan hadapan di negeri Sabah," katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page