250 Karton Rokok Seludup Dirampas
- nabalunews
- Nov 18, 2025
- 1 min read

18 November 2025
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dalam operasi di perairan Pulau Tetangan, di sini, semalam.
Dalam operasi jam 10.05 malam itu, sebanyak lima karung guni berisi 250 karton rokok tidak bercukai berjaya dirampas.
Timbalan Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Superintendan Jaffri Bidin berkata, operasi yang dijalankan hasil maklumat awam itu berjaya mengesan bot laju dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati, bot berkenaan dikendalikan seorang lelaki tempatan yang dipercayai cuba melakukan aktiviti penyeludupan.
“Semua rokok berkenaan dipercayai cuba diseludup masuk melalui jalan laut dari negara jiran untuk pasaran tempatan.
“Pemeriksaan lanjut turut menemui lima karung guni berisi 250 karton rokok berjenama L3 Menthol yang tidak bercukai,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, semua rokok berkenaan terus dirampas untuk siasatan mengikut Akta Kastam 1967.
Sehubungan itu, Jaffri menegaskan, pihak PPM akan terus mempergiatkam rondaan dan memperkukuh risikan bagi memastikan perairan negara selamat.
Katanya, ia juga bagi memastikan aktiviti penyeludupan yang boleh menjejaskan keselamatan dan ekonomi negara dapat dibendung.















Thanks for sharing this report — it’s really informative to see how maritime enforcement is actively tackling smuggling in the region. The detailed breakdown of the operation helps readers understand the scale and complexity of these efforts. I recently read a post on https://shrimpupaquatics.com/ that highlighted similar enforcement challenges in a different context, which gave me an interesting perspective on the topic.