• nabalunews

26 PUSAT JAGAAN HARIAN LABUAN MOHON OPERASI UNTUK ANAK BARISAN HADAPAN


Gambar Hiasan

11 Nov 2020

LABUAN: Kesemua 26 pusat jagaan harian kanak-kanak di pulau bebas cukai di sini merayu kepada Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan mereka menyambung semula operasi untuk menjaga anak-anak petugas barisan hadapan.

Pengerusi Persatuan Pembangunan Kanak-Kanak Labuan (LCDA) Imelda Atiqah Untol berkata kebenaran untuk beroperasi adalah tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Labuan, sebagai hab minyak dan gas mempunyai bilangan pekerja yang ramai dalam sektor perkhidmatan penting ini dan memerlukan pusat jagaan harian untuk anak-anak mereka, sama seperti mereka yang berada dalam sektor perkhidmatan penting lain seperti penjagaan kesihatan.

Beliau berkata Majlis Keselamatan Negara mungkin terlepas pandang Labuan (SOP pusat jagaan harian) tetapi masih belum terlambat untuk memberi kebenaran walaupun pandemik COVID-19 ini masih belum selesai.

Atiqah berkata adalah lebih selamat untuk menghantar anak-anak ke pusat jagaan harian yang berdaftar berbanding penjagaan di rumah yang tidak berdaftar dikendalikan oleh individu. – Bernama

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com