top of page
  • nabalunews

27 Wanita dari seluruh bahagian UPKO sertai kursus anjuran Persatuan Peniaga Wanita Sabah (SWEA)

24 Ogos 2024


PENAMPANG: Seramai 27 wanita dari seluruh bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) di Sabah menyertai kursus pembuatan produk sabun, pewangi badan dan losyen tangan/badan anjuran Persatuan Peniaga Wanita Sabah (SWEA).


Kursus dan latihan sehari di Dewan Serbaguna Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun (KCCI), Penampang ini dikendalikan oleh Borneo Rich Supplier.


Kursus ini dirasmikan Setiausaha Politik Menterian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Carl Moosom.


Turut hadir, Ketua Wanita UPKO, Mohina Sidom dan Setiausaha Sulit Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Cik Shellyn Lo.


Dalam ucapannya, Carl berkata peranan dan sumbangan usahawan wanita dalam pembangunan ekonomi negara amat penting.


Atas sebab itu, kerajaan menyediakan pembiayaan khusus untuk usahawan wanita.


"Di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), terdapat beberapa skim pembiayaan khusus untuk wanita. Oleh itu saya menggesa usahawan wanita khususnya para peserta kursus merebut peluang daripada pelbagai inisiatif yang disediakan agensi-agensi di bawah KUSKOP," katanya.


Menurut Carl, antara agensi di bawah KUSKOP yang menyediakan pembiayaan khusus untuk usahawan wanita ialah Bank Rakyat, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Tekun Nasional dan Perbadanan Nasional Berhad - Pernas (Pernas).


Dan skim-skim pembiayaan itu ialah, Skim Pembiayaan Ikhtiar oleh AIM, Skim Pembiayaan TEKUN-Wanita (TekunNita), Program Pemerkasaan Usahawan Wanita di bawah Institut Keusahawanan Negara, Skim pembiayaan BRPlus-iBizLady dan Program Successful Women Entrepreneurship Engagement Talent (SWEET) oleh Pernas.


"KUSKOP melalui agensi di bawahnya akan sentiasa berusaha untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa relevan dengan keperluan semasa rakyat agar semua lapisan masyarakat terutama rakyat yang berpendapatan rendah dapat dibantu.


"Antara inisiatif terkini KUSKOP adalah untuk membantu mempermudahkan aktiviti perniagaan koperasi dan usahawan di Malaysia, melalui agensi-agensinya menerusi kemudahan Geran Bantuan Pembangunan Koperasi sehingga RM300 Ribu dan Pembiayaan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) (TMPSKM) sehingga RM30 juta oleh SKM.

"Penyediaan dana sebanyak RM2.5 juta oleh SKM untuk tujuan membiayai Program Pembangunan Koperasi melalui ANGKASA berjumlah RM2 juta dan RM500 ribu untuk Tabung Pendidikan ANGKASA.


"Melalui Program Pembangunan Koperasi melalui ANGKASA ini, koperasi-koperasi dibantu untuk mengembangkan perniagaan di samping menyebarluaskan lagi jaringan perniagaantermasuklah memasarkan produk dan perkhidmatan secara atas talian, menguruskan persijilan halal dan lain-lain keperluan koperasi yang berkaitan dengan usaha-usaha memperkasakan kegiatan ekonomi negara," katanya.

Comments


bottom of page