top of page

Kota Marudu, Paitan dan Pitas diisytihar kawasan bencana banjir

  • nabalunews
  • 5 minutes ago
  • 1 min read

10 Mac 2026


KOTA KINABALU: Kota Marudu, Paitan dan Pitas diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir selepas beberapa kawasan hotspot di tiga daerah itu mula terjejas susulan kenaikan paras air akibat hujan berterusan.


Pegawai Daerah Kota Marudu, Meirin Sugara, mengisytiharkan bencana banjir di daerah berkenaan pada 10 pagi selepas menerima maklumat dan laporan daripada agensi tindak balas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Marudu.


Menurutnya, susulan pengisytiharan itu, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di daerah berkenaan diarahkan untuk dibuka bagi menyelaras operasi bantuan serta pemantauan keadaan semasa.


Sementara itu, Pegawai Daerah Paitan, Joloning Joe Majambu, turut mengisytiharkan bencana banjir di daerah berkenaan pada 11 pagi selepas beberapa kawasan dikenal pasti mula terjejas.


Beliau berkata pembukaan PKOB dan PKTK juga diarahkan bagi memastikan semua agensi di bawah JPBD dapat menyelaras tindakan dengan lebih berkesan.


Di Pitas, Pegawai Daerah Asdi @ Mohd Faizal Hussin mengisytiharkan bencana banjir pada 2 petang selepas menerima laporan daripada agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana daerah.


Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di beberapa daerah di Sabah sehingga esok.


Menurut MetMalaysia, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan serta Kudat manakala amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Ranau dan Lahad Datu.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page