top of page
  • nabalunews

273 KES BAHARU POSITIF COVID DI SABAH HARI INI



14 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu positif Covid-19 di Sabah hari ini mencatatkan penurunan sebanyak 62 kes iaitu daripada 335 kes kelmarin kepada 273 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 66,316.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, satu kes kematian direkodkan iaitu di Beaufort.


Menurut beliau daripada 273 kes jangkitan baharu hari ini, 146 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 78 kes adalah daripada saringan kluster, 16 kes adalah daripada saringan bergejala, 25 kes daripada saringan bersasar dan lapan kes adalah daripada lain-lain kes.


“Berdasarkan pecahan kes pada hari ini, 15 daerah mencatatkan penurunan kes. Lapan daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu angka, manakala tujuh daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua angka iaitu Tuaran (-30), Lahad Datu (-28), Papar (-19), Kota Belud (-16), Putatan (-16) Tongod (-10) dan Nabawan (-10).


“Walau bagaimanapun, enam daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan dua daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu angka, manakala empat lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu Kota Kinabalu 86 kes (+37), Tawau 43 kes (+22), Kudat 41 kes (+14) dan Sandakan 23 kes (+14).


"Daerah Kunak kekal catatan kes baharu sebagaimana hari kelmarin iaitu dengan empat kes.


Manakala, sembilan daerah lagi mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Tongod, Pitas, Kota Marudu, Ranau, Putatan, Kuala Penyu, Tenom dan Tambunan.


Mengenai jumlah pesakit sembuh, Masidi berkata, hari ini sebanyak 390 jumlah pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 63,236 orang.


“Manakala 2,044 orang pesakit lagi sedang menerima rawatan iaitu 527 orang di hospital, dan 1,517 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam," katanya.