top of page

28 keluarga di Kampung Tinata, Kadamaian, Kota Belud dapat manfaat dari Projek Rain Gutter

  • nabalunews
  • Sep 11, 2024
  • 1 min read

11 September 2024


KOTA BELUD: 28 keluarga di Kampung Tinata, Kadamaian, Kota Belud mendapat manfaat dari Projek Rain Gutter yang dilaksanakan Hopes Malaysia yang bertujuan untuk menyediakan sumber air alternatif kepada penduduk kampung menerusi kaedah mengumpulkan air hujan.


Projek ini merupakan lanjutan daripada projek bekalan air graviti yang juga dijalankan oleh Hopes Malaysia sebelum ini.


Dalam majlis ini, peralatan seperti zink, saluran air hujan (gutter) dan tangki air telah diserahkan kepada 28 keluarga terpilih di Kampung Tinata.


Antara yang hadir termasuk Sam Lee, pengasas Hopes Malaysia, June selaku pengasas bersama, Sebitin Bansai yang juga tokoh komuniti dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tinata, Hadlee Panchai serta komuniti Kampung Tinata.


Projek Rain Gutter bertujuan untuk menyediakan sumber air alternatif kepada penduduk kampung dengan kaedah mengumpulkan air hujan.


"Rain Gutter" atau "Longkang Hujan" atau "Saluran Air Hujan". merujuk kepada saluran atau alur yang digunakan untuk mengalirkan air hujan dari atap rumah.


Air yang dikumpul juga dapat digunakan sebagai sumber air bagi menyiram tanaman seperti sayur.


Inisiatif ini amat dihargai oleh komuniti kampung kerana ia bukan sahaja membantu menyelesaikan masalah keperluan asas mereka, tetapi juga turut memberi kesan positif kerana secara tidak langsung dapat membaiki rumah penduduk.


Penerima manfaat daripada sumbangan ini amat berterima kasih atas inisiatif yang dilakukan oleh Hopes Malaysia kerana membantu meningkatkan lagi kualiti hidup mereka.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page