top of page

3 rumah dan 3 kereta musnah terbakar

  • nabalunews
  • May 17
  • 1 min read


Pasukan BBP melakukan operasi pemadaman api kebakaran di Batu 4, Jalan Apas, lewat malam tadi.
Pasukan BBP melakukan operasi pemadaman api kebakaran di Batu 4, Jalan Apas, lewat malam tadi.

17 Mei 2025


TAWAU: Tiga rumah dan tiga kenderaan dilaporkan musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Batu 4, Jalan Apas, tengah malam tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin berkata, dua rumah terlibat adalah jenis separuh kekal dua tingkat, manakala, sebuah rumah lagi merupakan jenis tidak kekal yang masing-masing berkeluasan 167 meter persegi.


"Tiga kenderaan yang turut musnah dalam kejadian ini adalah jenis Proton Wira, Proton Iswara dan Proton Persona,"katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.15 tengah malam menerusi MERS999.


Katanya, sepasukan 14 anggota bersama tiga jentera, termasuk utiliti dikerah di lokasi untuk melakukan operasi pemadaman api.


Jemishin berkata, pasukannya yang turut dibantu anggota Bomba Komuniti Kampung Titingan menggunakan dua aliran 300 kaki dan empat pancutan daripada sumber pili Bomba.


"Api berjaya dikawal pada jam 12.57 pagi dan operasi ditamatkan pada jam 3.20 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya lain wujud di lokasi," katanya.


Jemishin berkata, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini, manakala, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page