MINDET Pantau Kesan Konflik Global terhadap Pengguna dan Rantaian Bekalan Barangan di Sabah
- nabalunews
- 2 hours ago
- 2 min read

14 Mac 2025
KOTA BELUD: Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET) memantau kesan konflik global terhadap sistem rantaian bekalan barangan serta implikasinya kepada pengguna di Sabah.
Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah Datuk Ewon Benedick berkata beliau telah meminta agensi-agensi berkaitan menyediakan laporan lebih terperinci mengenai kesan konflik yang berlaku di beberapa bahagian dunia terhadap Sabah.
Menurutnya, laporan tersebut penting bagi memberi gambaran jelas mengenai impak kepada negeri ini serta kepada pengguna akhir di Sabah.
“Saya telah meminta agensi yang terlibat untuk menyediakan laporan yang memberi gambaran lebih terperinci tentang kesannya kepada Sabah dan juga pengguna akhir di Sabah supaya perkara ini boleh dibawa kepada Kabinet atau dibincangkan di peringkat yang lebih tinggi mengenai intervensi atau tindakan susulan yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Jawatankuasa Masjid dan Surau di seluruh DUN Kadamaian, di perkarangan Masjid Kampung Tambulion di sini, semalam.
Ewon berkata, perkata itu dibincangkan dalam mesyuarat pasca Kabinet kementerian yang dipengerusinya Rabu lalu, yang turut dihadiri oleh agensi-agensi kerajaan negeri serta beberapa agensi persekutuan yang berada di bawah portfolio kementerian itu.
“Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah kesan konflik yang sedang berlaku di beberapa tempat di dunia terhadap sistem rantaian bekalan global serta implikasinya kepada bekalan barangan di Sabah.
Katanya, perkembangan konflik tersebut sememangnya memberi kesan termasuk peningkatan harga minyak yang seterusnya menyebabkan kos logistik meningkat.
“Apabila harga minyak meningkat, kos logistik juga akan meningkat sama ada melibatkan pengangkutan laut atau udara dan ini memberi kesan kepada rantaian bekalan barangan,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa gangguan terhadap laluan perdagangan antarabangsa juga boleh memberi kesan kepada bekalan barangan ke Sabah.
Menurutnya, keadaan tersebut boleh menyebabkan kelewatan dalam penghantaran barangan ke negeri ini selain turut menjejaskan proses eksport bagi barangan tertentu.
“Laluan perdagangan juga boleh terjejas dan ada barangan tertentu yang dibawa ke Sabah mungkin akan mengalami kelewatan tiba atau kelewatan untuk dieksport kerana faktor keselamatan atau gangguan terhadap laluan tersebut,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, kementerian akan terus memantau perkembangan semasa bagi memastikan langkah sewajarnya dapat diambil untuk mengurangkan kesan kepada pengguna di Sabah.















Cool Games brings a playful energy that makes the experience feel lively. It is easy to stay engaged once you begin.