top of page
nabalunews

30 wanita Kadamaian gigih pelajari kemahiran seni tanah liat polimer hasilkan aksesori dan hiasan

12 Ogos 2024


KOTA BELUD: Golongan wanita di Kadamaian terus gigih menimba ilmu pengetahuan dalam usaha untuk mencari sumber pendapatan baharu yang boleh diterokai seterusnya meningkatkan kualiti hidup.


Bermula hari ini sehingga 14 Ogos, 30 peserta wanita di Kadamaian mempelajari kemahiran membuat aksesori dan hiasan menggunakan tanah liat polimer atau polymer clay menerusi kursus anjuran Universiti Kolej Yayasan Sabah (UCSF).


Kursus Aksesori Polymer Clay selama 3 hari bermula hari ini berlangsung di mini dewan Pejabat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian, Kampung Piasau di sini.


Tanah liat polimer adalah bahan yang sangat menarik untuk menghasilkan aksesori, hiasan dan barangan kraf kerana bahan ini mudah dibentuk dan tahan lama.


Pelbagai jenis barangan boleh dihasilkan

dengan tanah liat polimer seperti rantai kunci, anting-anting, loket dan barangan hiasan.


Ketika ini, ramai wanita telah menceburkan diri dalam bidang keusahawanan produk tanah liat polimer ekoran sambutan yang menggalakkan di pasaran.

Comments


bottom of page