top of page

31 PATI Ditahan dalam Operasi Penguatkuasaan Imigresen di Kundasang

  • nabalunews
  • Apr 15
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


15 April 2026


KUNDASANG: Seramai 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk lima kanak-kanak ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam satu operasi penguatkuasaan selama dua hari di sekitar Kundasang, Ranau.


Mereka yang ditahan terdiri daripada 16 lelaki dewasa, 10 perempuan dewasa, tiga kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan, kesemuanya warganegara Indonesia dan Filipina.


Penahanan dilakukan hasil pemeriksaan ke atas 78 individu di empat lokasi berbeza di Kundasang semalam dan hari ini.


Ketua Pengarah JIM Sabah menegaskan bahawa kesemua PATI itu disyaki melanggar Seksyen 6(1)(c) (tiada permit masuk yang sah) dan Seksyen 36 (tinggal lebih masa) di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Operasi membabitkan 18 pegawai JIM Sabah dari Pejabat Imigresen Daerah Ranau, dibantu oleh sukarelawan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Ranau.

JIM Sabah memberi amaran bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang melindungi atau menggaji PATI. Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan masing-masing.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page