top of page

34 Pain Darah Berjaya Dikumpul Sempena Hari Polisi Ke-219 Di IPD Kota Belud

  • nabalunews
  • Apr 16
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


16 April 2026


KOTA BELUD: Seramai 43 orang tampil sebagai penderma dalam Program Derma Darah sempena Hari Polis Ke-219 di Dewan Sri Nabalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud semalam, berjaya mengumpulkan sebanyak 34 pain darah.


Jumlah tersebut diperoleh daripada 135 orang yang hadir pada program berkenaan, yang turut melibatkan warga PDRM, agensi luar serta orang awam.


Program yang dianjurkan bagi membantu menambah bekalan darah hospital itu turut mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat.

Ia dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Chung Hwa Kota Belud, Persatuan Bulan Sabit Merah, Jabatan Kesihatan serta Hospital Kota Belud.

 
 
 

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page