35 pelajar IPTA terima sumbangan ADUN Nabawan
24 September 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
NABAWAN: Seramai 35 pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin.
Sumbangan itu disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Nabawan Deckson dalam satu majlis ringkas di pejabat ADUN Nabawan pagi tadi.
Deckson semasa menyampaikan amamat mewakili Ghani berharap kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian di IPTA supaya belajar bersungguh-sungguh di kampus masing-masing nanti.
"Harungilah cabaran yang bakal dihadapi dan berpeganglah dengan pegangan agama masing-masing disamping menyematkan pesanan ibu bapa masing-masing dalam hati" katanya.
Menurut Deckson, kejayaan para pelajar nanti bukan sahaja menjadi kebanggaan ibu bapa tetapi juga masyarakat keseluruhannya di daerah ini.
Turut hadir, Pegawai e-Kasih Razi Taihing, Pemaju Mukim Pensiangan Ambord Endim dan kakitangan pejabat ADUN Nabawan Lamik Burong.
Comments