393 INGKAR PKP DITAHAN, 372 DIKOMPAUN SEMALAM - ISMAIL SABRI393 INGKAR PKP DITAHAN, 372 DIKOMPAUN SEMALAM - ISMAIL SABRI
top of page
  • nabalunews

393 INGKAR PKP DITAHAN, 372 DIKOMPAUN SEMALAM - ISMAIL SABRI


7 JAN 2021


KUALA LUMPUR: Seramai 195 individu yang terlibat dalam aktiviti pusat hiburan adalah antara 393 orang yang ditahan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kesalahan lain ialah tidak memakai pelitup muka (89 orang), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (70), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (36) dan lain-lain (3).

“Daripada jumlah yang ditahan itu, 372 dikenakan kompaun manakala 21 direman,” katanya dalam kenyataan mengenai PKP dan PKP Pemulihan hari ini. Selain itu, Ismail Sabri berkata pihak berkuasa turut menahan 49 pendatang tanpa izin dan dua tekong, serta menyita tujuh kenderaan darat dalam Op Benteng semalam.

Mengenai operasi sanitasi awam, beliau berkata sebanyak 37 operasi dijalankan meliputi zon merah (17), zon jingga (2), zon kuning (6) dan zon hijau (3) di sembilan negeri dan wilayah persekutuan, semalam.

Sementara itu, hingga semalam, seramai 99,573 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dengan 7,985 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 540 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan. - Bernama



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page