top of page

473 KES SEMBUH, 3,257 PESAKIT SEDANG MENERIMA RAWATAN

  • nabalunews
  • Nov 5, 2020
  • 1 min read

5 Nov 2020

KOTA KINABALU: Seramai 473 pesakit Covid-19 telah sembuh dilaporkan di Sabah, hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata, seramai 3,257 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 734 orang di hospital dan 2,523 orang di PKRC.

“Bilangan pesakit Covid-19 dalam unit rawatan rapi (ICU) ialah 69 orang dan 17 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Masidi berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah hari ini adalah sebanyak 564 kes.

“Jumlah kumulatif ialah sebanyak 18,083 kes. Kes kematian hari ini mencatatkan lima kes iaitu tiga di Sandakan dan masing-masing satu di Kota Kinabalu dan Tawau,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page