top of page

5 kenderaan dihempap pokok tumbang di parkir KKIA

  • nabalunews
  • Nov 10, 2024
  • 1 min read

9 November 2024


KOTA KINABALU: Lima kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Kota (KKIA), mengalami kerosakan selepas dihempap pokok tumbang, petang tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.29 petang.


“Dilaporkan pokok tumbang menghempap lima kenderaan membabitkan tiga Perodua Viva, Perodua Kancil dan Proton X70.


“Pasukan bomba bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengalihkan pokok tumbang menggunakan gergaji berantai,” katanya dalam kenyataan media, hari ini, lapor Info X.


Menurutnya, tiada mangsa terbabit dalam kejadian berkenaan.


“Selepas memastikan tiada bahaya lain, operasi ditamatkan pada 7.15 malam,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page