5 Pemain B-20 Tawau Sertai Latihan Pusat Sabah FC II Menjelang Piala Presiden 2026
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns
4 April 2026
TAWAU: Seramai 5 pemain bawah 20 tahun dari Daerah Tawau bakal mewakili Sabah FC II (B-20) dalam saingan Piala Presiden 2026, selepas sedang menjalani latihan persiapan pusat ketika ini.
Kesemua mereka ialah Mohammed Samuddin Erwan, Muhammad Arash Iskandar Mustafah, Muhammad Zailen Bekri, Mohamad Fikri Firdaus Sabtari, dan Muhammad Yusmawi Pang Kin En (dari Semporna, mewakili Tawau).
Sementara itu, bagi skuad Sabah FC III (Bawah 18 Tahun), tiga pemain berasal dari Tawau turut menjalani sesi latihan persiapan pasukan: Muhammad Hafiz Hazriq Arie, Muhammad Farid Syazwan Bambang, dan Aliff Ramadan Farid.
Untuk rekod, saingan Piala Presiden 2026 (B-20) akan membuka tirai pada 18 April 2026, manakala Piala Belia 2026 (B-18) pada 2 Mei 2026.
Pihak pengurusan memohon agar pemain-pemain daerah ini terus didoakan agar berjaya diserap ke dalam pasukan masing-masing dan seterusnya beraksi dengan cemerlang.















The magic of snow rider lies in its smooth controls and dynamic challenges that turn every ride into a powerful test of focus and fearless determination.