top of page

50 golongan ibu tunggal, OKU dan pesakit terima sumbangan Mutiara GRS

  • nabalunews
  • Nov 15, 2024
  • 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News


14 November 2024


NABAWAN: Seramai 50 wanita terdiri daripada golongan ibu tunggal, OKU dan pesakit di Nabawan menerima sumbangan dalam bentuk barang makan dan kewangan daripada

Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS).


Sumbangan itu disumbangkan oleh Pengerusi Mutiara GRS, Datin Seri Juliah Salag yang juga isteri Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.


Sumbangan itu kemudiannya

disampaikan kepada penerima sempena jelajah Mutiara GRS di lima buah kampung di kawasan Tataluan Sepulut pada Rabu oleh Pengerusi Mutiara GRS Nabawan yang juga AJK GRS Sabah, Datin Asiah Azlan.


Kampung yang terlibat dalam program itu adalah Kampung Samuran, Tataluan, Maatol, Mawantul dan Liningkar Baru.


Sumbangan disampaikan kepada golongan sasar terdiri daripada ibu tunggal, OKU dan mereka yang mengalami masalah kesihatan yang disenaraikan oleh pemimpin kampung masing-masing.


Rata-rata penerima sumbangan itu melahirkan rasa gembira atas keprihatinan Mutiara GRS dibawah pimpinan isteri Ketua Menteri Sabah yang menyantuni mereka yang tinggal di kampung yang terpencil.


"Kami  tidak menyangka sumbangan ini sampai kepada kami yang tinggal jauh di pelusuk Pedalaman" kata mereka.

 
 
 

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page