• nabalunews

500 BAKUL MAKANAN DIAGIHKAN KEPADA PEKERJA B40 KPI


Alfian mewakili Bung menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada salah seorang kakitangan KPI.

23 OKTOBER 2020


KOTA KINABALU: Sebanyak 500 bakul makanan diagih-agihkan kepada kakitangan Kementerian Pembangunan Insfrastruktur (KPI) khususnya pekerja B40 yang terpaksa bertugas dan terkesan dengan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sumbangan tersebut diberikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar Radin bagi meringankan beban kakitangan B40.


BUNG MOKTAR

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Setiausaha Perhubungan Awam Menteri JKR Alfian Sambas yang turut dihadiri oleh Setiausaha Politik Menteri JKR Dr.Fadilah Fadilah Sarbi di Dewan serbaguna JKR Sembulan kemarin.

Menurut Bung dengan sedikit sumbangan tersebut diharap dapat membantu meringankan bebanan mereka yang terkesan dengan penularan wabak ini.

"Kita menghargai komitmen mereka yang terpaksa bertugas walau dalam cabaran berhadapan dengan wabak ini dan PKPB yang dikuatkuasakan oleh kerajaan," katanya.

Dalam pada itu Bung yang juga Wakil Rakyat Lamag mengingatkan para perkerja kementerian itu supaya sentiasa mengamalkan SOP ketika menjalankan tugas.

"SOP harus diutamakan semasa bertugas, ini termasuklah sentiasa memakai pelitup muka, membasuh tangan dan sentiasa menjaga kebersihan,” katanya.