500 HAIWAN TERBIAR TERUS DIJAGA NGO DI ERA PANDEMIK COVID-19500 HAIWAN TERBIAR TERUS DIJAGA NGO DI ERA PANDEMIK COVID-19
top of page
  • nabalunews

500 HAIWAN TERBIAR TERUS DIJAGA NGO DI ERA PANDEMIK COVID-19



9 DIS 2020


TAWAU: Persatuan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA) Tawau masih terus berusaha melindungi 500 haiwan terbiar ketika era pandemik COVID-19, meskipun berdepan kekangan dana kewangan dan sumbangan masyarakat.


Sukarelawan SPCA Tawau Lee Shiau Lean berkata, kebajikan haiwan terbiar yang terdiri daripada 400 anjing dan 80 kucing itu perlu dijaga, berikutan ia disisihkan masyarakat, selain menghidap penyakit dan masalah pergerakan.


“Cabaran ketika ini adalah sumbangan yang diterima merosot, sudah tentu kita kekurangan dana, tetapi kita faham, ramai terjejas dan ada yang kehilangan kerja, malah kita pun tidak dapat menjalankan kutipan derma seperti tahun sebelumnya.


“Kalau tahun lalu kita mampu kumpul lebih RM20,000 namun pada tahun ini, RM10,000 pun tidak sampai, sepatutnya kita ada larian kebajikan tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan COVID-19. Kami juga bernasib baik kerana ada yang memberi sumbangan makanan seperti kepala ayam atau beras, memandangkan kos makanan untuk haiwan-haiwan ini dalam RM300 sehari,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.


Justeru, Lee mengharapkan sumbangan orang awam dalam menyokong program kupon makanan untuk menampung dana pengurusan haiwan terbiar ini dan ia boleh disalurkan terus ke akaun bank 100570010088248 (Alliance Bank Malaysia Berhad) selain mendapatkan maklumat lanjut di laman sosial Facebook SPCA Tawau.


Lee berkata sumbangan derma itu juga akan digunakan bagi membayar upah enam pekerja, sewa tapak, makanan haiwan, rawatan dan bil utiliti.


Menurutnya, orang ramai juga digalakkan untuk mengambil kucing atau anjing berkenaan sebagai haiwan peliharaan secara percuma. – Bernama

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page