top of page
nabalunews

51,294 PELAJAR SPM, STPM SABAH MULAKAN SESI PERSEKOLAHAN BERSEMUKA HARI INI



20 Jan 2021

KOTA KINABALU: Seramai 51,294 pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Sabah akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka mulai hari ini.


Pengarah Pendidikan negeri Datuk Mistirine Radin dalam satu kenyataan berkata 33,503 daripadanya adalah calon yang akan menduduki peperiksaan awam SPM, manakala selebihnya STPM.


Mengulas situasi banjir di Sabah, Mistirine berkata 21 sekolah di empat daerah iaitu Beaufort, Kota Kinabalu, Beluran serta Tuaran terjejas kerana dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak minggu lepas.


Beliau berkata kesemua 4,891 murid dan 433 guru di sekolah terbabit boleh menjalankan PdPR bagi memastikan sesi pembelajaran berjalan seperti biasa mengikut jadual. - Bernama



Comments


bottom of page